Because living is fighting, we are your friend, always there all the time.

2014 Colorectal Cancer Awareness Day & Launch Event

"EMPOWERED DAN RAKAN PERJUANGAN MEREKA – BEKAS PESAKIT BARAH TELAH MEMPERKEMASKAN LANGKAH MEREKA DENGAN LEBIH GAGAH BAGI MEMERANGI BARAH USUS BESAR”
Seramai 15,000 rakyat Malaysia kurang bernasib baik telah menerima bantuan.

Sejak tahun 2010, EMPOWERED - Persatuan Advokasi Kanser Malaysia telah mencipta nama di Malaysia dengan pelaksanaan Projek Rawatan dan Saringan barah usus besar tahunan kepada komuniti kurang berkemampuan. Pengasas dan Presiden , Dr. Christina Ng merupakan Pakar Onkologi Perubatan menekankan tentang matlamat EMPOWERED iaitu bantuan diberikan kepada komuniti dan orang ramai. Testimoni yang dijalankan pihak EMPOWERED jelas memaparkan kesan yang bermakna kepada masyarakat tentang nasib kurang baik rakyat Malaysia. Melalui pengesanan dan pembuangan polip precancerous dan barah usus besar peringkat awal, benefiasiari EMPOWERED berasa terhutang budi kerana mereka telah diselamatkan melalui program ini. Menjelang pertengahan tahun 2014, usaha gigih masyarakat melalui Projek Saringan dan Rawatan Barah Usus Besar yang dijalankan setiap tahun telah mencapai hampir 75,000 rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Namun pada tahun ini, masyarakat telah mengalihkan tumpuan dan sumber-sumbernya kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dari Cheras, Kuala Lumpur. Tahun ini, EMPOWERED akan bertempur dengan barah yang merupaskan pembunuh utama Malaysia. Usaha telah dipergiatkan lagi dengan perkongsian maklumat dan pengalaman dari bekas pesakit barah usus besar kepada masyarakat. Perkongsian ini bertujuan untuk memperhebatkan sokongan EMPOWERED untuk mengesan barah usus besar pada peringkat awal melalui kaedah saringan jisim berkesan .

EMPOWERED telah menerima sokongan yang mantap dan padu dari Kementerian Kesihatan Malaysia. EMPOWERED juga turut bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Cheras, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Pada 2014 projek saringan dan rawatan barah usus besar oleh EMPOWERED akan memberikan bantuan kepada pesakit golongan sasar yang telah dibina ke dalam rangka tindakan projek ini untuk memenuhi keperluan emosi mereka yang baru didiagnosis dengan barah usus besar. Kerjasama berterusan antara EMPOWERED dengan Hospital Selayang telah memainkan peranan penting dalam memastikan benefisiari yang mengalami penghasilan darah dalam najis mereka untuk membolehkan mereka menerima pemeriksaan kolonoskopi dan rawatan yang diperlukan. Pada majlis pelancaran projek masyarakat 2014 di Cheras, Timbalan Menteri Kesihatan , Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya berkata, "Syabas dan tahniah kepada EMPOWERD di atas komitmen dalam menganjurkan program yang sangat berfaedah ini. Saya berharap program pada hari ini akan mencapai objektifnya dan mampu mencetuskan anjakan paradigma di kalangan golongan sasaran khasnya semua penduduk di Perumahan Awam Seri Sabah Blok 3A dan 3B Cheras. Satu mesej penting yang perlu disebarkan ialah cegah kanser, kesan awal dan dapatkan rawatan dengan segera.”

Pesakit barah usus besar juga bekerjasama sebagai rakan kongsi EMPOWERED pada majlis pelancaran projek 2014 melalui testimoni- testimony mereka yang dapat menguatkan lagi langkah bagi memerangi penyakit berbahaya itu. Tuan Haji Zainuddin disahkan menghidap barah usus besar peringkat 2 pada tahun 1975. Beliau telah menerima sokongan yang tidak berbelah bagi dari komuniti Cheras semasa beliau berkongsi mengenai pengalaman kehidupan beliau sebagi penghidap barah usus besar sehingga pada umur beliau 76 kini. "Saya fikir segala-galanya akan berakhir kerana saya baru berumur 40 tahun ketika mula-mula didiagnosis. Perkataan barah sesungguhnya sangat menakutkan saya ", tambah beliau. Tetapi barah tidak menghalang Tuan Haji Zainuddin daripada meneruskan matlamat dan impiannya. Beliau telah berkongsi mengenai pengalaman beliau semasanya menghidapi barah tersebut . "Di antara tahun 1985 dan 2014, saya telah pergi ke Umrah sebanyak tujuh kali!" Tuan Haji Zainuddin tetap tabah menghadapi kesukaran dengan sokongan dan kasih sayang dari keluarganya. Beliau telah menjadi inspirasi kepada orang ramai bagi projek saringan serta rawatan barah usus besar untuk tahun 2014. "EMPOWERED bukan sahaja menghulurkan bantuan sokongan kesihatan malah turut menyediakan bantuan sokongan emosi kepada pesakit yang jarang sekali dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini bukan?", tambah Haji Zainuddin .

Encik Yap Kean Seng berumur 51 tahun semasa beliau didiagnosis dengan barah usus besar peringkat 4. "Saya tenang menerima berita tersebut," kata beliau. "Sejak diagnosis hampir dua tahun setengah yang lalu, saya telah menjalani 3 kali pembedahan dan 2 kursus kemoterapi", beliau secara terbuka berkongsi penagalaman tersebut. "Sejarah barah yang dihidapi saya menjadi bukti kepada anda semua bahawa pengesanan awal melalui saringan adalah sangat penting. Jika anda didiagnosis pada peringkat yang agak lewat seperti saya, anda akan melalui pengalaman pahit dan emosi yang telah saya lalui sebelum ini,” jelas beliau menekankan. Apabila diminta untuk memberi mesej kepada masyarakat Cheras, Encik Yap menegaskan tentang keperluan menjalani saringan untuk pengesananan awal barah agar dapat membantu orang ramai untuk lebih bersiap sedia untuk langkah yang berikutnya yang patut diambil. "Lakukanlah ianya sekarang! EMPOWERED telah memperuntukkan semua bayaran." Beliau juga menyatakan tentang kepentingan mendapatkan rawatan perubatan yang betul untuk barah dan memesan agar masyarakat Cheras supaya tidak mendapatkan rawatan alternatif yang lain.

Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan daripada masyarakat di Cheras dalam kempen projek saringan dan rawatan barah usus besar 2014. Pendaftaran pada tahun 2014 dalam projek EMPOWERED mencatatkan bilangan tertinggi sejak EMPOWERED memulakan kerja advokasi dalam barah usus besar pada tahun 2010. Pengasas dan Presiden persatuan itu, Dr. Christina Ng juga turut memuji usaha tegas benifisiari EMPOWERED dalam membawa perubahan kepada kepentingan kesihatan dalam kehidupan mereka. Tambah Dr. Ng, "EMPOWERED akan terus bekerjasama dengan para pemimpin dari akar umbi dan pihak- pihak lain yang terlibat dalam projek ini untuk menjadikan impian EMPOWERED menjadi kenyataan.

Dr. Ng juga menggesa rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk bekerjasama dengan EMPOWERED untuk turut sama memerangi barah ini sebagai pembunuh utama di negara ini. "Terdapat bukti yang nyata bahawa pemeriksaan barah usus besar adalah berkesan dalam mengurangkan bilangan kematian. Namun kadar pemeriksaan di kebanyakan negara termasuk Malaysia terlalu rendah", lapor beliau bersama media. Percadangan untuk menjalankan saringan diberi untuk orang dewasa yang berumur 50 tahun dan ke atas. "Bagi meningkatkan kadar pemeriksaan yang lebih tinggi di kalangan rakyat Malaysia, kesedaran tentang menjalani pemeriksaan perlu dipromosikan secara agresif. Strategi EMPOWERED yang menganjurkan dan melaksanakan program saringan yang teratur dan berdasarkan dengan populasi untuk masyarakat yang kurang berkemampuan sejak tahun 2010 telah berjaya menghasilkan peningkatan keputusan sehingga 85 %," jelas Dr. Ng dengan lebih lanjut.

Dr. Ng mengakui bahawa sokongan kewangan daripada pihak korporat agak kritikal dalam merealisasikan inisiatif penting kepada masyarakat. Pada majlis pelancaran 2014 projek EMPOWERED tersebut, beliau telah melahirkan rasa penghargaan masyarakat terhadap setiap penderma dan penaja yang telah bermurah hati menyokong matlamat EMPOWERED ini. "Projek-projek outreach yang diajalankan seperti ini sangat penting bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Sebagai sebuah yayasan yang berfokus dalam bidang kesihatan di komuniti, Yayasan Sime Darby berazam untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pengesanan awal barah usus besar. Kami dengan seikhlasnya menyokong inisiatif sebegini yang dapat membantu mendidik semua lapisan masyarakat Malaysia tentang penyakit barah usus besar di samping memberi sokongan yang sewajarnya untuk pengesanan awal barah usus besar,” kata Pn. Hjh Yatela Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif dari Yayasan Sime Darby yang merupakan penaja utama bagi projek saringan dan rawatan barah usus besar oleh EMPOWERED 2014.

Dr.Ng menggalakkan orang ramai di Malaysia sama ada individu dan korporat, untuk bekerjasama dengan EMPOWERED untuk menderma dengan murah hati ke arah misi masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai gerak kerja yang dijalankan pihak EMPOWERED , sila layari www.empowered.org.my

EMPOWERED – Persatuan Advokasi Kanser Malaysia

Dilancarkan secara rasmi pada April 2009, EMPOWERED – Persatuan Advokasi Kanser Malaysia merupakan sebuah organisasi swasta yang dikecualikan cukai, berkomited untuk menyelamatkan nyawa, mencegah barah dan menghapuskan penderitaan di kalangan golongan kurang berkemampuan di Malaysia. Organisasi ini ditubuhkan dan diketuai oleh Perunding Onkologi, Dr. Christina Ng.

Images of EMPOWERED’s Colorectal Cancer Awareness Day & Launch Event 2014

Testimonials

For testimonials from fellow collaborators for this project

News

Main Sponsor

  • Yayasan Sime Darby

With the Co-operation of :

  • PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN AWAM SERI SABAH 3A
  • PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN AWAM SERI SABAH 3B

List of Collaborators :

  • PERSATUAN IBU TUNGGAL SERI SABAH
  • DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
  • HOSPITAL SELAYANG
  • INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY – COMMUNITY SERVICE CLUB & ASIAN MEDICAL STUDENTS ASSOCIATION
  • JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN
  • KLINIK KESIHATAN CHERAS
  • ST. JOHN’S AMBULANCE KUALA LUMPUR
  • SUNWAY MEDICAL CENTRE

List of Other Sponsors :

  • A.W. FABER CASTELL (M) SDN. BHD.
  • AERY JO ACADEMY SDN. BHD.
  • AJINOMOTO (M) BERHAD
  • ASTRAZENECA SDN. BHD.
  • AXIATA GROUP BERHAD
  • BIOALPHA INTERNATIONAL SDN. BHD.
  • CHUAN SIN SDN. BHD. (SPRITZER)
  • ERNST & YOUNG ADVISORY SERVICES SDN. BHD.
  • FEDERAL OATS MILLS SDN. BHD.
  • FRASER & NEAVE HOLDINGS BHD.
  • GARDENIA BAKERIES (KL) SDN. BHD.
  • GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE SDN. BHD.
  • GLAXOSMITHKLINE PHARMACEUTICAL SDN. BHD.
  • GOLDEN SCREEN CINEMAS SDN. BHD.
  • HOVID BERHAD
  • IJM CORPORATION BERHAD
  • KHEE SAN FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
  • KIMBERLY CLARK TRADING (M) SDN. BHD.
  • KYOWA HAKKO KIRIN
  • LEE BISCUITS (PTE) LTD.
  • MAESTRO SWISS CHOCOLATE SDN. BHD.
  • MERCK SDN. BHD.
  • MESB BERHAD
  • MID VALLEY CITY SDN. BHD.
  • POWER ROOT (M) SDN. BHD.
  • RAMSAY SIME DARBY HEALTHCARE SDN. BHD.
  • ROCHE (MALAYSIA) SDN. BHD.
  • TEH LIANG PENG SDN. BHD.
  • UDI MARKETING SDN. BHD.
  • Marina Sardines
  • V-Soy™ Soya Bean Milk