Because living is fighting, we are your friend, always there all the time.

Be an Angel with Tan Sri Michelle Yeoh (BAHASA MELAYU)

18 Oktober 2013

TAN SRI MICHELLE YEOH BERGABUNG TENAGA BERSAMA EMPOWERED UNTUK MENYELAMATKAN LEBIH NYAWA

KUALA LUMPUR, 18th October 2013 – EMPOWERED – The Cancer Advocacy Society of Malaysia mengadakan majlis makan amalnya yang ketiga, ‘Be an Angel with Tan Sri Michelle Yeoh’ di Elegance Club Sdn. Bhd., Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur. EMPOWERED adalah satu organisasi bukan berasaskan keuntungan dan dikecualikan daripada cukai yang berkomited kepada penyelamatan hidup, mengelakkan barah dan menghapuskan penderitaan di kalangan orang-orang kurang mampu di Malaysia. Sejak penubuhannya pada 2009, EMPOWERED telah secara berkesan memobilisasikan pakar barah perubatan, usaha-usaha kumpulan sukarelawan yang besar dan pembiayaan dana untuk melaksanakan program barah secara besar-besaran pada tahap akar umbi di komuniti yang padat dengan penduduk serta kurang mampu. Usaha-usaha EMPOWERED yang tidak berhenti-henti telah mencapai lebih daripada 55, 000 rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan ramai yang telah diselamatkan melalui pengesanan barah yang awal. Majlis makan malam amal ini di adakan untuk menyokong dua kempen kesedaran dan saringan barah yang besar yang di tujukan kepada komuniti-komuniti kurang mampu Malaysia pada tahun 2014. Kempen ini disokong oleh A Next Star Production Sdn. Bhd bersama Elegance Club Sdn Bhd. sebagai penaja utama.

Majlis ini diserikan dengan hadirat seorang selebriti antarabangsa dan kebanggaan Malaysia, iaitu, Y. Bhg Tan Sri Michelle Yeoh. Dalam suasana muzik jazz serta koktel, disertai dengan pemandangan matahari terbenam, para tetamu di hampiri oleh model-malaikat dari Runway Inc untuk menggalakkan jualan barangan lelongan yang unik. Suasana yang seronok itu di hangatkan apabila 5 barangan teratas dilelongkan kepada para tetamu yang bersemangat. Barangan-barangan itu dijual kepada para tetamu yang membida pada harga yang menggalakkan. Untuk mengakui aksi pemberian penderma yang begitu bermurah hati dan yang terbesar, Tan Sri Michelle Yeoh menganugerahkan ‘Angel of the Night’ dengan satu memorabilia untuk menandakan saat yang istimewa itu.

Dr.Christina Ng, Presiden dan Pengasas EMPOWERED yang berasa tersentuh oleh sokongan secara besar-besaran dari para tetamu , mengucapkan rasa syukurnya kepada semua 80 orang para tetamu di majlis makan malam amal itu.

“Pengumpulan dana selalunya merupakan satu bahagian yang begitu mencabari dalam misi EMPOWERED untuk melakukan satu perbezaan dalam kehidupan orang-orang Malaysia yang kurang mampu. Walaubagaimanapun, kami telah begitu diberkati dengan semangat murah hati dikalangan orang-orang Malaysia. ‘Be an Angel with Tan Sri Michelle Yeoh’ sudah pasti adalah satu pencapaian yang bermakna bagi EMPOWERED. Adalah visi kami untuk menjangkau sebanyak mana komuniti-komuniti kurang mampu di Malaysia, walaupun kami di kekang oleh dana dan sumber yang terhad.

Kami dengan rendah hati merayu kepada orang-orang awam di Malaysia untuk menyertai misi kami dalam menjangkau komuniti-komuniti kurang mampu dengan menyumbangkan dana atau barangan dengan murah hati kepada EMPOWERED. Sumbangan anda akan membolehkan kami untuk melayani mereka melalui kesedaran, saringan, rawatan barah dan projek -projek jangkauan. Marilah kita selamatkan lebih ramai nyawa dari barah!” kata Dr. Christina Ng.

Dalam ucapan teksnya kepada para tetamu, tetamu kehormat kami, Y.Bhg Tan Sri Michelle Yeoh menggesa semua orang untuk menderma secara murah hati kepada kerja-kerja amal EMPOWERED yang murni dalam menyelamatkan nyawa. Beliau mengukuhkan sentimen Dr. Ng dengan menambah, “Jagaan kesihatan sepatutnya diberi secara patut kepada semua rakyat di dalam komuniti kita. Saya begitu kagum dengan kerja keselamatan nyawa yang EMPOWERED sudah lakukan sejak beberapa kebelakangan tahun ini dalam membawa ke sedaran barah dan melakukan bengkel saringan dan rawatan untuk komuniti-komuniti kurang mampu di Malaysia. Sokongan orang awam, sama ada dari individu atau korporat adalah penting dalam pencapaian misi EMPOWERED. Sebagai orang Malaysia, kita patut bekerjasama menjadikan negara kita satu tempat yang lebih sihat dan baik!”

Majlis makan malam amal ini di adakan di butik konsep ikonik baru yang juga merupakan ibu pejabat kumpulan syarikat Elegance Club Sdn. Bhd. Selain dari menaja tempat acara, Y.Bhg Datuk Tracy Ong menaja satu set anting-anting emas putih jed dan berlian dari koleksi ekspresi seni Elegance Club yang merupakan barangan lelongan yang termahal pada majlis makan malam amal itu. Y. Bhg Tan Sri Michelle Yeoh juga memberikan sokongannya dengan menyumbangkan salah satu dari jam tangannnya, iaitu jam Jacob & Co. yang indah yang di tandatangani oleh beliau semasa lelongan sebelum ianya diberi kepada pembida yang tertinggi. Poh Kong Holdings Berhad juga merupakan salah satu penaja melalui derma mereka iaitu satu set rantai emas dengan sekeping jed dan loket berlian untuk acara lelongan itu.

Antara 5 barangan lelongan tertinggi merupakan dua ‘Pakej buku My Journal’. ‘My Journal’ adalah satu bantuan pendidikan barah yang penuh dengan pengetahuan, sumber dan bersifat terapeutik bagi semua pesakit. Buku pendidikan ini adalah sangat membantu kepada pesakit-pesakit yang barudi kesani dengan barah kerana ianya membantu mereka dalam perjalanan perubatan barah mereka dan mengandungi informasi yang mudah dan penting tentang ujian-ujian dan rawatan-rawatan barah. ‘My Journal’ adalah ilham Dr. Christina Ng yang dirangsangkan melalui pengalamannya apabila bekerja bersama pesakit barah semasaber tugas di University Malaya Medical Centre. Buku-buku yang di lelongkan pada acara ini akan di dermakan kepada pesakit-pesakit barah di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban and Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, bersempena dengan ‘Kempen My Journal Book’ oleh Empowered. Pembida pakej-pakej ini diberi secara percuma, satu forum barah paru-paru, dengan setiap forum di jalankan oleh pakar -pakar perubatan sukarelawan EMPOWERED.

Y.Bhg Datuk Tracy Ong, Pengasas and Pengarah Urusan kumpulan syarikat Elegance Club adalah seorang penyokong kuat dalam membantu komuniti-komuniti kurang mampu di Malaysia. Dalam hal ini, beliau memastikan pemberian balik korporat dari syarikatnya adalah bekalan untuk membantu organisasi-organisasi sukarelawan yang akan menjamah kehidupan orang-orang Malaysia yang kurang mampu seperti EMPOWERED. Beliau berharap penajaan acara ini akan membantu EMPOWERED menjangkau lebih ramai lagi orang -orang Malaysia yang kurang mampu dan secara tidak langsung meningkatkan kesedaran tentang barah di dalam negara ini.

Majlis makan malam amal itu di sokong dengan baik oleh sekumpulan penderma dan penaja, yang menderma dengan murah hati produk, perkhidmatan dan barangan mereka. Para penaja lain adalah termasuk Abee Rugs, Asiaeuro Wines & Spirits Sdn. Bhd., Broadway Academy (M) Sdn. Bhd., Chinoz Sdn. Bhd., Cuffz Sdn. Bhd., Esplanade Avenue Sdn. Bhd. for Annick Goutal, Hospitality Asia, Image Photography, La Scala, Luen Heng F & B Sdn. Bhd., Nasim Carpets, Oriental Group of Restaurants, Royal Selangor International, RS Photography, Runway Inc. Modelling, Snap Productions Sdn. Bhd., Switchbox Developments (M) Sdn. Bhd., Unika Borneo & 3s Beauty & Make-up Centre.

Para tetamu dalam acara amal itu di hiburi sepanjang malam oleh pemuzik-pemuzik dari Broadway Academy sambil menderma secara murah hati kepada kerja-kerja amal yang murni itu. Acara itu berakhir dengan para tetamu berasa puas hati dan gembira dalam mengetahui bahawa usaha-usaha mereka untuk memberi balik kepada masyarakat akan membantu orang-orang Malaysia yang kurang mampu melalui projek-projek EMPOWERED.

Untuk maklumat selanjutnya tentang EMPOWERED-The Cancer Advocacy Society of Malaysia, sila layari laman www.empowered.org.my.

Sekiranya anda ingin menyumbangkan kepada misi EMPOWERED, sila hubungi communications@empowered.org.my atau telefon kami di 03-7726 8806.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tentang EMOWERED-The Cancer Advocacy Society of Malaysia

Dilancarkan secara rasmi pada April 2009, EMPOWERED-The Cancer Advocacy Society of Malaysia, adalah satu organisasi bukan berasaskan keuntungan dan dikecualikan daripada cukai yang berkomited kepada penyelamatan hidup, mengelakkan barah dan menghapuskan penderitaan dikalangan orang-orang kurang mampu di Malaysia. Organisasi ini ditubuhkan dan Presidennya adalah Pakar Perubatan Onkologi, Dr. Christina Ng.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Linda Pang | 03-7726 8806 | 012-334 9820 | officeadmin@empowered.org.my

Vicky Ang | 03-7726 8806 | 016-659 3745 | communications@empowered.org.my

Photo Gallery

Testimonials

Click here to read testimonials from the sponsors, volunteers & M.C.s for this event.

News

Main Sponsor

  • Elegance Club Sdn. Bhd.

Supported By

  • A Next Star Production Sdn. Bhd.

List of Other Sponsors

  • Abee Rugs
  • Annick Goutal (Esplanade Avenue Sdn. Bhd.)
  • Asiaeuro Wines & Spirits Sdn. Bhd.
  • Berjaya Hotels & Resorts
  • Broadway Academy (M) Sdn. Bhd.
  • Chinoz Sdn. Bhd.
  • Cuffz Sdn. Bhd.
  • G Tower Hotel
  • Grand Nikko Bali
  • Hospitality Asia
  • Image Photography
  • La Scala
  • Luen Heng F&B Sdn. Bhd.
  • Mariott Putrajaya
  • Nasim Carpets
  • Oriental Group of Restaurants
  • Poh Kong Holdings Berhad
  • Prince Hotel & Residences
  • Royal Selangor International
  • RS Photography
  • Runway Inc. Modelling
  • Snap Productions Sdn. Bhd.
  • Switchbox Developments (M) Sdn. Bhd.
  • The Samaya Villas Bali
  • Unika Borneo
  • 3S Beauty & Makeup Centre