Because living is fighting, we are your friend, always there all the time.

Barah Bukan Hukuman Mati

29 November 2010

Program EMPOWERED berikesedaran kepada umum cara terbaiklawan penyakit


BERI TUMPUAN...peserta asyik mendengar ceramah disampaikan

JIKA wanita terdedah kepada kanser payudara yangmenjadipembunuh utama wanita, lelaki juga tidak terkecuali menderita kanser paruparu yang dianggap sebagai pembunuh kedua rnereka. Walaupun kanser penyakit kedua paling berbahaya di Malaysia selepas jantung,tahap kesedaran tidak kira sama ada lelaki atau wanita sangat rendah. Ini kerana mereka bimbangakan dipinggirkan masyarakatserta tidak tahu proseduryang harus dilakukan apabila menghidap penyakit ini.


RASMI...(dari kiri) Adlan, Normah dan Christina ketika majlis perasmian bengkel kesedaran kanser payudara dan paru-paru anjuran EMPOWERED

Dalam usaha memenuhi misi untuk menyelamatkan nyawa, mencegah kanser dan menghapuskan penderitaan di kalangan mereka yang kurang mampu di Malaysia, Pertubuhan Advokasi Kanser Malaysia, EMPOWERED dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia serta beberapa organisasi mertganjurkan program kesedaran kanser untuk 350 penduduk berpendapatan rendah di PPR Sri Pantai, Pantai Dalam dan Sentul, barubaru ini. Bertemakan Memperkasa Melawan Kanser, program tertumpu kepada usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser paruparu dan kanser payudara iaitu dua jenis kanser yangmempunyaikadarkematian yangtinggi.


BERSENAM...peserta turut berpeluang melakukan senaman

MenurutPengarah JKM Wilayah Persekutuan, Noormah Abdul Rauf, usaha itu harus dipuji kerana mendekati golongan berpendapatan rendah yang seringdiabaikan. "Usaha EMPOWERED men­dekati golongan memerlukan serta kurang mampu dalam menyokong usaha JKM ini sememangnya baik dalam membentuk masyarakat ke arah kesejahteraan sosial dan melahirkan masyarakat berjaya dan penyayang," katanya. Ini disokong Pengasas dan Presiden EMPOWERED, Dr Christina Ng yang mengakui unit keluarga adalah sistem sokongan yang paling kuat dan sangat pentingterutama sekali apabila anggota keluarga melalui waktu yang mencabar seperti dijangkiti penyakit berbahaya. Justeru, program sebegini bukan saja memberi pendedahan kepada mereka mengenai bahaya penyakit kanser, malati merapatkan hubungan dan menyatukan ahli keluarga. la juga diharap mampu menghilangkan rasa takut kepada orang ramai untuk membuat pengesanan awal ser­ta mencegah kanser payudara.

"Kanser bukanlah hukuman rnati.Terdapatlangkah pencegahan yang boleh diambil serta rawatan dan program sokongan untuk pesakit kanser. Kawal hidup anda dengan melakukan perubahan pada gaya hidup dengan menjalani pemeriksaan awal, ujian pengesanan dan mencegah penyakit berbahaya ini daripada merebak. Ini kera­na hidup adalah satu perjuangan,"jelasDr Christina.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program termasuk ceramah pendidikan oleh pakar kesihatan mengenai kesedaran, diagnosis serta rawatan kanser paruparu dan payudara. Kuizdan cabutan bertuah dengan hadiah menarik untuk peserta dan sesi berkongsi pengalaman dengan bekas pesakit kanser payudara turut diadakan. Selain itu, peserta diberi penerangan mengenai pemakanan dalam bengkel Pemakanan Sihat dan Kekal Aktif, demonstrasi memasak serta latihan fizikal untuk peserta. Mereka juga diberi peluang merujuk kepada pakar fisioterapi mengenai indeks jisim tubuh (BMI) dan senaman yang bersesuaian. Peserta bengkel turut menerima buku kerja merangkumi maklumat daripada semua ceramah dan bengkel yang diadakan serta cenderahati daripada penaja.